<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Sunday, April 05, 2009
Melayu
Pemimpin terbaru tidak nampak komited kepada pejuangan bahasa Melayu.
Jangan sampai Melayu diteranjang begitu saja dalam isu bahasa. Jangan sampai anak watan tidak lagi tahu berbahasa Melayu seperti anak watan sekarang tidak lagi menulis Jawi atau membaca Jawi. Hanya tinggal J.A.W.I. yang tidak menggunakan tulisan tersebut dalam komunikasi mereka.

ليو

Posted at 08:47 am by Ujang
Make a comment  

 
Thursday, March 19, 2009
Ali - Ketua Menteri Melaka

Den tidak setuju Ali Rustam dihalang dari bertanding Timbalan Presiden di saat akhir. Ini tentu ada konspirasi dari calon yang bertanding jawatan tertinggi parti.

Jika benar dia melanggar disiplin mengapa tidak disekat dari awal. Hanya selepas ada berita banci yang Ali Rustam akan menang barulah geng satu lagi buat kecoh dan bertindak memutuskan peluang Ali Rustam.

Inilah budaya UMNO/Pekembar yang akan membawa bala kepada UMNO. Jika calon itu nampak kuat dan progresif dia akan dihalang.

Ali Rustam telah membawa kejayaan kepada Melaka sejak beliau mentadbir negeri Melaka (tanpa Sultan?). Beliau boleh adalah harapan UMNO untuk memenangi semula hati rakyat Melayu. UMNO Melaka berjaya menangkis pengaruh parti lain di PRU yang lepas kerana cara Ali Rustam mentadbir berhemah dan Islamik. Walaupun beliau nampak diam, beliau buat kerja secara "diam-diam ubi". Pemimpin UMNO yang lain lebih ramai cakap tak serupa bikin.

Tunggulah kehancuran UMNO sekiranya pemimpin yang layak dihalang dari menerajui kepimpinan negara.

 


Posted at 08:21 am by Ujang
Make a comment  

 
Saturday, March 14, 2009
Jual Bahasa
Datuk Hassan memang telah berjuang sekian lama dalam menegakkan Bahasa Melayu. Aku pernah berjumpa beliau di Paris semasa aku ke sana untuk berkursus selama satu bulan. Beliau ketika itu adalah Pengarah (?) UNESCO untuk Malaysia. Sekarang walaupun sudah bersara beliau masih lagi beriltizam untuk berjuang mempertahankan budaya Melayu.

Kalau Bahasa Melayu telah dijual begitu murah sekali, apakah yang masih ada bagi orang Melayu. Aku tidak nampak tokoh korporat sekarang berjuang untuk budaya Melayu. Kalau hari Jumaat pun masih ada tokoh korporat yang dibayar gaji oleh rakyat tidak lagi pakai baju Melayu tak tahulah apa yang ada lagi.

Memang tepatlah dikatakan oleh Mahathir. Melayu MUDAH LUPA. Aku harap jangan sampai jadi macam Melayu Afrika Selatan atau jadi Red Indian di Amerika.

SETELAH DI JUAL AKHBAR MELAYU
SETELAH DI JUAL TULISAN MELAYU (JAWI)
SEKARANG DI JUAL PULA BAHASA MELAYU
MEMANG LAYULAH MELAYU

MANA DIA PEJUANG MELAYU
PARTI MELAYU PUN TIDAK MAHU GUNA BAHASA MELAYU DARI SEJAK MERDEKA HINGGA SEKARANG - UMNO (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION)

BAHASA JIWA BANGSA sudah jadi slogan basi.




Posted at 02:31 pm by Ujang
Make a comment  

 
Saturday, February 28, 2009
ALLAH
Celaka kepada mereka yang telah menjual nama ALLAH kepada Nasrani.

Itulah pendapat jemaah di sebuah Surau di sini ketika Kabinet memberi kebenaran kepada orang Nasrani untuk menggunakan kalimah itu dalam propaganda Kristian. Tidak mereka baca Al-Quran tentang sikap orang Nasrani dan Yahudi terhadap orang Islam.

Apa sudah jadi kepada pemimpin Islam hingga sanggup menjual nama ALLAH? Tunggulah BALASAN yang akan ditimpakan kepada Kabinet sekarang.
Tidakkah mereka tahu bahawa ALLAH itu Satu/Ahad bukan tiga seperti tuhan Nasrani. Bagaimana kita boleh samakan!

Celakalah kepada Wakil Rakyat Islam yang tidak membantah keputusan Kerajaan.
AMIN.

Posted at 11:02 pm by Ujang
Make a comment  

 
Friday, July 04, 2008
Pasukan Keselamatan

Ramai bapa saudara den berkhidmat sebagai Polis dan Askar. Atuk den sebelah abah seorang Polis dan atuk den sebelah omak seorang Askar. Mereka semua sudah arwah. Mereka berjuang menentang komunis dan penjajahan Jepun. Mereka betul-betul berjuang mempertahankan Tanah Air.

Tetapi zaman atau era masakini nampaknya Polis dan Askar telah disalahguna oleh pemerintah. Mereka digunakan untuk menjaga kepentingan kumpulan mereka saja. Sesiapa yang tidak menjadi member kumpulan mereka, akan didera dan diugut sewenang-wenangnya.

Pasukan keselamatan yang berjiwa Islam mesti senantiasa ingat bahawa apa tindakan kita akan disoal di akhirat. Berlaku adillah kepada semua tanpa memilih pangkat atau kumpulan.

Den bersyukur kerana semua bapa saudara den yang kebanyakan askar telah berjuang dengan adil sewaktu dharurat dan 13 Mei. Mereka tidak berlaku zalim terhadap rakyat. Begitu juga dengan abah den dan bapa saudara yang berjuang dalam pasukan Polis. Lapan perwira dalam keluarga den telah akan terus berjuang mempertahanan keadilan di Malaysia.

Den masih ingat atuk den yang jadi askar. Arwah atuk den itu telah diistiharkan mati semasa perang Jepun tetapi kembali hidup di kampong selama beberapa tahun dan telah berbakti di Masjid sehingga meninggal dunia.

Begitu juga dengan arwah atuk den yang jadi Polis, dikejar dari Johor sehingga ke Negeri Sembilan oleh komunis tetapi berjaya hidup walaupun ditembak, sehingga tahun 1990an.

Mereka semua ada pelbagai petua untuk hidup lama. Mereka senantiasa ikhlas dalam kerja mereka, untuk Allah semata-mata. Anak-anak mereka yang masih hidup sekarang mewarisi semangat tersebut. Mereka tidak gentar dengan sesiapa pun. Rezeki mereka pun senantiasa murah. Apabila balik kampong ketika kenduri pasti ramai sepupu-sepupu dari seramai 14 ibu berkumpul. Setiap ibu ada pukul rata seramai enam anak. Selalunya sekor kerbau pasti tumbang untuk meraikan kaum kerabat. Ada juga sepupu den jadi Polis dan Askar ikut atuk-atuk den. Merekalah pewaris ilmu yang turunkan oleh atuk den. Selalu dari malam sehingga pagi kami belajar tentang ilmu untuk ikhlas. Ini penting untuk perjalanan ke akhirat.

 


Posted at 12:27 am by Ujang
Make a comment  

Next Page