<< March 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Thursday, March 19, 2009
Ali - Ketua Menteri Melaka

Den tidak setuju Ali Rustam dihalang dari bertanding Timbalan Presiden di saat akhir. Ini tentu ada konspirasi dari calon yang bertanding jawatan tertinggi parti.

Jika benar dia melanggar disiplin mengapa tidak disekat dari awal. Hanya selepas ada berita banci yang Ali Rustam akan menang barulah geng satu lagi buat kecoh dan bertindak memutuskan peluang Ali Rustam.

Inilah budaya UMNO/Pekembar yang akan membawa bala kepada UMNO. Jika calon itu nampak kuat dan progresif dia akan dihalang.

Ali Rustam telah membawa kejayaan kepada Melaka sejak beliau mentadbir negeri Melaka (tanpa Sultan?). Beliau boleh adalah harapan UMNO untuk memenangi semula hati rakyat Melayu. UMNO Melaka berjaya menangkis pengaruh parti lain di PRU yang lepas kerana cara Ali Rustam mentadbir berhemah dan Islamik. Walaupun beliau nampak diam, beliau buat kerja secara "diam-diam ubi". Pemimpin UMNO yang lain lebih ramai cakap tak serupa bikin.

Tunggulah kehancuran UMNO sekiranya pemimpin yang layak dihalang dari menerajui kepimpinan negara.

 


Posted at 08:21 am by Ujang

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry