<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Monday, June 30, 2008
Perdana Menteri
Kerana begitu ramai orang Melayu berebut-rebut nak jadi PM terjadilah macam-macam fitnah. Fitnah terbaru terjadi kerana orang-orang tertentu tidak mahu Anwar jadi PM. Siapakah agaknya mereka itu? Den tidak kisah tentang orang luar. Yang den heran ialah sikap dan kenyataan wakil rakyat Rembau. Adakah dio pun nak rebut jadi PM? Itulah yang den donger ketika sibuk kempen pilihanraya ke 12 dulu. Anak mudo ini adalah salah seorang yang gila pangkat. Kalau jawatan wakil rakyat sudah dio dapek, dio mungkin akan meneruskan strateginyo untuk mendapek jawatan yang lebih tinggi lagi walaupun ahli UMNO ramai yang cuba menghalang kehendak dio.

Rembau mempunyai sejarah hitam dalam politik tanah air. Den ingat lagi kes Datuk Mokhtar Hashim. Seorang calon MB mati akibat rebutan jawatan MB di Negeri Sembilan. Ini berlaku ketika zaman Rais Yatim jadi MB NS. Den kona ramai pelakon-pelakon dalam peristiwa hitam tersebut. Sekarang ini ada yang masih hidup dan ada yang sudah mati. Yang hidup tidak lagi aktif dalam politik walaupun terserempak juga jika ada mesyuarat UMNO. Den sudah lamo tinggalkan UMNO sejak 1989 ketika UMNO jadi UMNO Baru di bawah Mahathir.

Perjuangan UMNO sudah terkeluar dari landasan. Pemimpin UMNO hanya mementingkan individu tertentu dan bukan lagi rakyat terbanyak. Den tidak nampak kemajuan di Rembau dari segi ekonomi orang Melayu terbanyak. Taraf hidup rakyat sama saja di Rembau sejak den kecil hingga sekarang. Ramai penduduk tempatan terdiri dari bekas kakitangan kerajaan yang sudah pecen. Tidak ada peningkatan taraf hidup kerana duit pencen hanya cukup untuk sekadar kais pagi kais petang.
Dulu sebelum merdeka, atuk den Polis pencen sudah ada banyak tanah dan boleh beri kepada anak-anak dio seramai tujuh orang setiap orang dua/tiga ekar tanah kebun dan tanah tapak rumah setiap seorang. Sekarang ini seorang Polis pecen hanya mampu hidup dua laki bini saja sebelum mati. Den tahu kerana abah den pun Polis pencen samo dengan atuk den. Dio hanyo ada satu tapak rumah dan satu ekar tanah kebun.


Posted at 09:56 pm by Ujang
Make a comment  

 
Wednesday, June 25, 2008
BN: Barang Naik
Sejak BN menang, rakyat dihadiahkan dengan harga barang yang senantiasa naik.
Kalau dulu den balik kampong sebulan sekali nampak gaya tahun ini Raya baru balik Rembau melainkan ada kematian atau kenduri keluarga.
Den tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak di Malaysia kerana kawan den di Afrika yang juga negara pengeluar minyak tidak naik harga. Kalau Nigeria boleh beri rakyatnya kemewahan kerana minyak naik MENGAPA MALAYSIA tidak BOLEH.
KERANA pemimpin UMNO sejak 10 tahun yang lalu telah gunakan wang minyak untuk keluarga dan kroni mereka.

Posted at 11:50 pm by Ujang
Make a comment  

 
Tuesday, June 03, 2008
Katak - Jambatan Bosi
Sejak akhir-akhir ini banyak cerita tentang "katak". Cerita "katak" paling hangat ketika lama dulu semasa era Semangat 46. Yang paling "top" ialah Ibrahim (Pasir Mas). Saudara Ibrahim ini sampai sekarang masih mempunyai tabiat "katak". Sekarang ada "katak" baru yang berasal dari Serdang - Saudara Ezam. Tak tahu berapa lama dio boleh hidup dalam lubuk AMNO setelah buat lubuk baru di Adil dulu. Walaupun berasal dari AMNO dan lari tetapi melompat semula ke lubuk lama. Seorang lagi "katak" berasal dari Jelebu geng Ibrahim terpaksa bertarung tidak lama lagi kerana geng KJ di Jelebu mahu singkirkan orang yang pernah bakar jambatan bosi.  Lubuk AMNO nampak agak berkocak dengan kuat sekali kerana banyak sangat "katak" mula balik semula. Semua hendak cari habuan untuk jadi kaya dan kayap.

Posted at 08:25 pm by Ujang
Make a comment  

 
Thursday, May 29, 2008
Utusan Malaysia
Boikot Utusan Malaysia sudah lama den lakukan sejak 1999. Ini hanya untuk sebagai mengingati semula sejarah den dan untuk menyokong tindakan Pakatan Rakyat.

Posted at 12:02 am by Ujang
Make a comment  

 
Saturday, May 10, 2008
Murtad
Kes terbaru mengenai murtad menunjukkan bahawa pemimpin berugama Islam telah gagal dalam mempertahankan agama Islam. Ini termasuk Pegawai Agama, Hakim, Polis, Pengubal udang-undang dan Para Menteri dan lain-lain yang terlibat dengan undang-udang dan urusan Agama. Mereka perlu menyusun program yang lebih cemerlang untuk mengukuh akidah orang Islam. Barulah orang Islam Terbilang. Perkara murtad tidak akan berlaku jika pegawai-pegawai tersebut mendekati mereka-mereka yang bermasalah dalam kehidupan. Adakah wang zakat yang dipungut dari rakyat digunakan dengan betul untuk mengatasi masalah penganut Islam yang baru? Jika mereka yang bermasalah itu diberi perhatian tentu perkara murtad dapat diatasi dengan baik. Pemimpin Islam perlu lebih bertanggungjawab. Siapa nanti akan tanggung apabila ditanya di akhirat? Pemimpinlah akan ditanya dulu. Merekalah orang pertama yang akan dihumban kedalam api neraka.

Posted at 08:23 pm by Ujang
Make a comment  

Previous Page Next Page