|
Ramai bapa saudara den berkhidmat sebagai Polis dan Askar. Atuk den sebelah abah seorang Polis dan atuk den sebelah omak seorang Askar. Mereka semua sudah arwah. Mereka berjuang menentang komunis dan penjajahan Jepun. Mereka betul-betul berjuang mempertahankan Tanah Air. Tetapi zaman atau era masakini nampaknya Polis dan Askar telah disalahguna oleh pemerintah. Mereka digunakan untuk menjaga kepentingan kumpulan mereka saja. Sesiapa yang tidak menjadi member kumpulan mereka, akan didera dan diugut sewenang-wenangnya. Pasukan keselamatan yang berjiwa Islam mesti senantiasa ingat bahawa apa tindakan kita akan disoal di akhirat. Berlaku adillah kepada semua tanpa memilih pangkat atau kumpulan. Den bersyukur kerana semua bapa saudara den yang kebanyakan askar telah berjuang dengan adil sewaktu dharurat dan 13 Mei. Mereka tidak berlaku zalim terhadap rakyat. Begitu juga dengan abah den dan bapa saudara yang berjuang dalam pasukan Polis. Lapan perwira dalam keluarga den telah akan terus berjuang mempertahanan keadilan di Malaysia. Den masih ingat atuk den yang jadi askar. Arwah atuk den itu telah diistiharkan mati semasa perang Jepun tetapi kembali hidup di kampong selama beberapa tahun dan telah berbakti di Masjid sehingga meninggal dunia. Begitu juga dengan arwah atuk den yang jadi Polis, dikejar dari Johor sehingga ke Negeri Sembilan oleh komunis tetapi berjaya hidup walaupun ditembak, sehingga tahun 1990an. Mereka semua ada pelbagai petua untuk hidup lama. Mereka senantiasa ikhlas dalam kerja mereka, untuk Allah semata-mata. Anak-anak mereka yang masih hidup sekarang mewarisi semangat tersebut. Mereka tidak gentar dengan sesiapa pun. Rezeki mereka pun senantiasa murah. Apabila balik kampong ketika kenduri pasti ramai sepupu-sepupu dari seramai 14 ibu berkumpul. Setiap ibu ada pukul rata seramai enam anak. Selalunya sekor kerbau pasti tumbang untuk meraikan kaum kerabat. Ada juga sepupu den jadi Polis dan Askar ikut atuk-atuk den. Merekalah pewaris ilmu yang turunkan oleh atuk den. Selalu dari malam sehingga pagi kami belajar tentang ilmu untuk ikhlas. Ini penting untuk perjalanan ke akhirat.
|
| Leave a Comment: |