Entry: Jual Bahasa Saturday, March 14, 2009



Datuk Hassan memang telah berjuang sekian lama dalam menegakkan Bahasa Melayu. Aku pernah berjumpa beliau di Paris semasa aku ke sana untuk berkursus selama satu bulan. Beliau ketika itu adalah Pengarah (?) UNESCO untuk Malaysia. Sekarang walaupun sudah bersara beliau masih lagi beriltizam untuk berjuang mempertahankan budaya Melayu.

Kalau Bahasa Melayu telah dijual begitu murah sekali, apakah yang masih ada bagi orang Melayu. Aku tidak nampak tokoh korporat sekarang berjuang untuk budaya Melayu. Kalau hari Jumaat pun masih ada tokoh korporat yang dibayar gaji oleh rakyat tidak lagi pakai baju Melayu tak tahulah apa yang ada lagi.

Memang tepatlah dikatakan oleh Mahathir. Melayu MUDAH LUPA. Aku harap jangan sampai jadi macam Melayu Afrika Selatan atau jadi Red Indian di Amerika.

SETELAH DI JUAL AKHBAR MELAYU
SETELAH DI JUAL TULISAN MELAYU (JAWI)
SEKARANG DI JUAL PULA BAHASA MELAYU
MEMANG LAYULAH MELAYU

MANA DIA PEJUANG MELAYU
PARTI MELAYU PUN TIDAK MAHU GUNA BAHASA MELAYU DARI SEJAK MERDEKA HINGGA SEKARANG - UMNO (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION)

BAHASA JIWA BANGSA sudah jadi slogan basi.



   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments