|
Den tidak setuju Ali Rustam dihalang dari bertanding Timbalan Presiden di saat akhir. Ini tentu ada konspirasi dari calon yang bertanding jawatan tertinggi parti. Jika benar dia melanggar disiplin mengapa tidak disekat dari awal. Hanya selepas ada berita banci yang Ali Rustam akan menang barulah geng satu lagi buat kecoh dan bertindak memutuskan peluang Ali Rustam. Inilah budaya UMNO/Pekembar yang akan membawa bala kepada UMNO. Jika calon itu nampak kuat dan progresif dia akan dihalang. Ali Rustam telah membawa kejayaan kepada Melaka sejak beliau mentadbir negeri Melaka (tanpa Sultan?). Beliau boleh adalah harapan UMNO untuk memenangi semula hati rakyat Melayu. UMNO Melaka berjaya menangkis pengaruh parti lain di PRU yang lepas kerana cara Ali Rustam mentadbir berhemah dan Islamik. Walaupun beliau nampak diam, beliau buat kerja secara "diam-diam ubi". Pemimpin UMNO yang lain lebih ramai cakap tak serupa bikin. Tunggulah kehancuran UMNO sekiranya pemimpin yang layak dihalang dari menerajui kepimpinan negara.
|
| Leave a Comment: |